LELAKI YANG MEMILIKI IQ PALING TINGGI DI DUNIA..!!

SIAPA SIAPA SIAPA??????????? 

siapa yang mampu lawan IQ aku haa?? hehehe... perasan jer... aku tak lah pandai IQ pandai mengarut jaaa.. hehee.. ok dah tamat masa merapu..
mesti korang bengang baca perenggan ni.. hehehe.. rasa macam dah lama tak megedikss kat blog sendiri.. ok whatever (-____-)

ok sambung isu kita pada hari ini.. aku nak kisahkan seorang lelaki Korea yang memiliki IQ paling tinggi di dunia yang masih hidup.. serius dia masih ada lagi kat korea.. hehe.. ok nama dia ialah Kim Ung-Yong seorang warganegara korea selatan yang lahir pada tahun 1962. Dia telah diakui sendiri oleh Guinness Book of World Records sebagai manusia yang memiliki IQ palng tinggi di planet bumi ini... wah hanya mahluk asing dari planet lain jer dapat lawan IQ dia.. hehehehe

 
ni lah dia mamat yang pandai tu.. dah laa pandai muka pun manis jer..
hish jelezz aku.. hehehee

Bayangkan kehebatan dia yek....

Pada usia 3 tahun dia sudah boleh MEMBACA dalam BAHASA INGGERIS, JEPUN, KOREA DAN JERMAN.... pada ulang tahun dia yang ke5 pula dia dapat menyelesaikan masalah matematik yang rumit seperti Differental dan Integral...yang aku belajar bagai nak bunuh diri masa ambil add maths time form 5 dulu.. WHAT!!!!!

Kemudian, di siaran televisyen jepun, dia menunjukkan kemampuannya bertutur dalam bahasa Cina, Sepanyol, Vietnam, Tagalog, Jerman, Inggeris, Jepun dan Korea..banyaknya!! tak belit lidah ker?? huhu

ok tergamam... (=o=)

Kim tercatat dalam Guinness Book of World Record di bawah kategori IQ tertinggi iaitu dengan skor lebih dari 210...

Kim juga telah diundang menjadi seorang MAHASISWA FIZIK DI UNIVERSITI HANYANG dari usia 3 tahun sehingga usia 6 tahun 

aku belum pergi taska lagi dia dah masuk universiti (-____-')

Pada usia 7 tahun pula (aku baru jer nangis2 nak masuk sekolah rendah) dia telah diundang ke Amerika Syarikat oleh NASA...

budak belakang cakap... wei ko pandai sangat tak payah masuk sekolah terus masuk universiti.. hehehee...

Beliau akhirnya berjaya memperoleh Ph.D dalam bidang Fizik di Colorado State University sebelum umur 15 tahun... masa tu aku sedang study hard amik PMR.. ko dah ada Ph.D.. tak per sama P di depan.. hehehe

Pada tahun 1974, ketika masih menjadi pelajar universiti, Kim mulai bekerja sebagai saintis di NASA dan menyambung pekerjaan ini sehingga kembali ke Korea pada tahun 1978 di mana dia memutuskan untuk beralih ke bidang Civil Engineering.. Dan macam biasa dia peroleh Ph.D dalam bidang ni... amboi macam senang jer kan bidang tu sambil hold dua Ph.D.. psycho sgt!! hehee....

Pada tahun 2007 Kim menjawat jawatan sebagai ketua fakulti /dekan  tambahan di Chungbuk National University.... sehingga kini...


Hebatkan?? akhirnya dia menjadi Lecture yang mengajar mahasiswa2 di Korea.. perrgghh orang korea ni bukan setakat hebat nyanyi, berlakon, Running Man malah otak pun geliga.. jelezzzzzz!!!!

Ayuh kita ambil ini sebagai tauladan untuk kita rakyat Malaysia terus maju.. InsyaAllah.. Amin!!!

p/s: bahagian merah tu semua mengarut jer.. kalau tak nak baca just ignore termasuk yang ni.. hahahaha!! (meroyan sebab minggu ni test 4 hari berturut2 bermula esok!!!!)


sumber: wikipedia

1 comment:

  1. pergh awal2 lagi NASA dah ambil dia.. hmm tersirat..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...