Mana satu pilihan anda?

Rasanya semua orang dah sedia tahu, tak perlulah aku nak promote diri lagi yang secara terang terangan aku menganggotai Siswa4U yang berperanan menjadi sukarelawan mahasiswa yang menyokong Barisan Nasional dalam memenangi PRU ke 13.. tanpa sebarang berselindung dan takut.. kami dengan berani menyatakan hasrat kami dan berpegang kepada misi POLITIK MATANG dalam memperjuangankan hasrat kami...



Jelas muka aku yang bersemangat tu.. hehe.. ok tak yah nak serius sangat.. ini ialah bukti gambar perasmian Sukarelawan Siswa4U secara terang-terangan di seluruh media tak kira tradisional mahu pun sosial.. Kami bukan sahaja bergiat aktif secara fizikal malah secara online.. boleh like dan menziarahi page kami..


Tekan: siswa4u

Persoalannya adakah pertubuhan kami ini hanya wujud pada satu pihak?

Sudah pasti jawapannya TIDAK kerana pihak Pakatan Rakyat sudah lama menwujudkan pertubuhan mahasiswa untuk membantu mereka dalam menarik sokongan rakyat.. jika anda masih ingat nama-nama mahasiswa yang "terkenal" seperti KAMI, GM13, Gabungan Mahasiswa Merdeka (GMM) dan sebagainya.. tapi yang sedihnya pi mai pi mai tang tu orang-orangnya sama sahaja..





Tak perlu diperjelaskan lagi.. sudah banyak berita yang kita dengar mengenai mereka.. sebelum pembubaran parlimen lagi mereka telah giat aktif dalam menarik perhatian rakyat Malaysia.. cuma yang peliknya mereka langsung tidak mengaku ada kaitan dengan parti pembangkang.. walhal kita selaku mahasiswa dapat lihat dengan jelas sekali penglibatan mereka bersama beberapa orang ahli politik pembangkang..



Disebabkan pendekatan yang agak kurang matang sehingga menimbulkan kacau bilau kepada negara.. penerimaan Mahasiswa kepada mereka kini semakin berkurangan.. sehinggakan sebelum ini GM13 yang secara lantangnya bersuara ingin bertanding di Pekan berlawan dengan Dato Najib tak jadi nak hantar calon.. alasannya ingin memberi sokongan kepada PAS di sana? #eh

Tak kisahlah apa yang mereka nak buat.. cuma yang menjadi kemusykilan aku ialah tiba-tiba pula wujud satu pertubuhan baru yang mengunakan nama UiTM di Facebook dan pertubuhan ini juga mula menyampaikan ceramah secara terbuka di seksyen 2.. nama pertubuhan ini ialah Mahasiswa UiTM Sayang Malaysia (MUSMA)


Pada awal aku langsung tiada masalah dengan pertubuhan ini.. aku lihat pendekatannya untuk memberi kesedaran mahasiswa agar turun mengundi sangat bagus.. cuma aku terkejut dengan pendedahan MIDDLE VOICES (sila klik) jujur aku katakan aku terlibat semasa pertembungan berkenaan.. jelas presiden dia membantu rombongan kempen Khalid Samad menyebarkan risalah PAS di pasar malam berkenaan..

Persoalan aku satu sahaja... KENAPA NAK TIPU MAHASISWA UiTM KATA TIDAK TERLIBAT DENGAN MANA-MANA PARTI POLITIK? apa agenda mereka sebenarnya? bukankah jujur itu amalannya lebih mulia.. aku teringat bak kata pepatah Berani Kerana Benar..

Tambahan lagi, aku mendapat berita yang persatuan ini langsung tidak berdaftar dibawah UiTM tetapi kenapa mengunakan nama UiTM sehingga melibatkan kata-kata dari YDP MPP UiTM dan VC UiTM dalam facebook mereka? sedangkan kami Siswa4U langsung tidak terlibat di dalam universiti atas dasar menghormati undang2 di dalam AUKU dan Akta 174(UiTM) untuk tidak berpolitik kepartian dalam universiti bagi menjamin keharmonian kampus. 

Serius aku tak ada masalah untuk dia sokong PAS ke DAP ke atau PKR.. cuma aku tak boleh terima penipuan kepada mahasiswa.. adakah ini teknik nak tarik pengundi mahasiswa atas pagar? adakah ini cara POLITIK MATANG mereka..?

Konklusinya... Buat masa beberapa hari lagi nak PRU13 ni aku rasa dah tak menjadi masalah untuk kita mempunyai parti pilihan kita.. sekarang bukan lagi zaman "undi itu rahsia".. semua orang mempunyai hak untuk memilih mana parti politik yang diingini.. generasi kita kini sudah boleh berfikir secara kritikal untuk menilai antara dua pihak.. cuma janganlah kita menipu jika perjuangan kita itu perjuangan yang benar..

p/s: renung2kan... dan kembali kepada persoalan.. MANA SATU PILIHAN ANDA?

Kenapa TV3 dan Utusan jadi media Barisan Nasional?

Persoalan yang sering dimainkan dibenak fikiran anda pasti kenapa media utama Malaysia seperti TV3 dan surat khabar utusan sering menyebelahi pihak kerajaan persekutuan iaitu Barisan Nasional sahaja.. pasti ada jawapannya jadi jom kita cari kenapa...

Untuk pengetahuan anda terdapat 3 perkara yang berlaku di Malaysia sehingga kerajaan mengambil tindakan pantas untuk mengawal kebebasan media di Malaysia...
  1. 1948 semasa zaman darurat ketika Tanah Melayu diserang oleh Komunis
  2. Tragedi berdarah pergaduhan kaum 13 Mei 1969
  3. Rangka Dasar Ekonomi Baru - untuk mengurangkan jurang antara kaum dan menjamin keharmonian
Hasil dari tiga perkara inilah yang menyebabkan kerajaan Malaysia pada ketika itu mengambil langkah serius untuk mengelakkan penyalahgunaan media yang bakal menghuru-harakan lagi negara apatah lagi perbezaan kaum yang ada di Malaysia boleh menyebabkan penyampaian maklumat dimanipulasi

Hasil dari Dasar Ekonomi Baru yang dirangka 5 tahun sekali itulah kerajaan pada ketika itu telah membeli saham pemilikan mengunakan anak-anak syarikat yang dimiliki oleh ahli parti Barisan Nasional, sebagai contoh..

Surat khabar
  1. Pernas memiliki 80% saham di Straits Times (sebelum ini sahamnya dimiliki oleh pelabur Singapura)
  2. Kemudian majoriti pemilikan saham beralih ke Fleet Holdings, anak syarikat kepada UMNO, kemudian nama Straits Times ditukar ke New Straits Times Press (NSTP) 
  3. Pemilikan Fleet Holdings telah berkembang dengan membuka lebih banyak anak syarikat surat khabar termasuk New Straits Times, New Sunday Times, Malay Mail, Sunday Mail, Berita Harian, Berita Minggu, Business Times, Her World, Malaysian Business, Jelita, Information Malaysia dan lain2
  4. Utusan juga menerima nasib yang sama apabila surat khabar ini dibeli pemilikan sahamnya oleh UMNO yang memang sudah pasti menjadi saluran utama kepada UMNO kerana majoriti pembaca Utusan ialah Melayu iaitu target kepada UMNO.
  5. Selain daripada itu MCA juga mengambil langkah yang sama dengan membuka industri surat khabar dengan memiliki saham terbesar di surat khabar English ternama iaitu The Star.
  6. Bagi MIC pula surat khabar utama mereka ialah Tamil Nesan yang kini pemegang saham terbesar ialah Datin Seri R. Indrani(Isteri kepada Samy Vellu)
Televisyen
  1. Pertama yang perlu difahami oleh semua RTM ialah media khas yang dibuat oleh kerajaan sebagai medium untuk mendekati rakyat dan pemilikannya 100% kepada kerajaan yang memerintah. Maka ia tidak menjadi persoalan kalau tiba-tiba Pakatan Rakyat menang RTM bakal menjadi milik mereka.
  2. Semasa zaman 80an minat rakyat Malaysia mula beralih kepada Tape bagi hiburan. Pada zaman itu rakyat Malaysia mula kurang minat menontot RTM yang dirasakan tidak cukup menghiburkan. Lebih menakutkan negeri2 yang bersempadanan negara luar seperti Johor dan 4 Negeri utara mula memasang antena untuk mendapatkan saluran negara jiran. Perkara ini bakal menyukarkan informasi dalam negara untuk disalurkan kepada rakyat.
  3. Tertubuhnya TV3 pada tahun 1984 untuk memberikan peluang hiburan yang lebih baik kepada rakyat dan sekaligus penyampaian maklumat dalam negara lebih terjamin.
  4. Pada permulaannya pertubuhan TV3 memang dikelolai oleh kerajaan sehinggalah pada 1 Mac 1994 apabila MetroTV(sekarang Media Prima) mengambil alih hasil dari Dasar Penswastaan. 
  5. Pembukaan saham MetroTV pada ketika itu banyak didominasi oleh syarikat dibawah parti Barisan Nasional sehingga kini. Kebaikan yang dibawa ialah kestabilan pasaran yang menyebabkan MetroTV dapat membangun dengan begitu rancak sehingga kini memiliki banyak anak syarikat siaran TV yang lain.
JELAS... baik sekarang bagi anda satu situasi ringkas. Katakan anda pengarah kepada TV3 atau Utusan apabila ingin menyiarkan satu berita katakanlah ada dua berita satu tentang BN dan satu tentang Pakatan mana satu anda akan beratkan? sudah pastilah BN kerana mereka ialah bos anda dan kita tak boleh mempertikaikan perkara ini kerana ia adalah hakikat..

Persoalannya adakah perkara ini salah?

Jawapannya TIDAK! kerana memang sudah menjadi lumrah kepada sesebuah media untuk mempunyai side mengikut interest benefits kepada syarikat mereka.. kita jangan terlalu mudah mempertikaikannya. bayangkan kita berada disituasi mereka..

Cuma ini memang sudah menjadi lumrah kepada sesebuah perkembangan negara dalam dunia politik yang setiap pihak memiliki media tersendiri untuk menyampaikan maklumat mereka kepada rakyat Malaysia khususnya pengundi...

Persoalannya adakah perkara ini berat sebelah kepada Pakatan?

Jawapannya TIDAK! kerana sudah menjadi hak BN untuk mengunakan media-media ini yang sudah dibangunkan bertahun-tahun seiring dengan kemajuan negara. JADI KENAPA KITA MEMPERTIKAIKAN HAK MEREKA? selaku pembangkang yang ingin menjadi kerajaan alternatif seharusnya mereka membangunkan media mereka sendiri dan bukan mempertikaikan media milik BN.. sebab secara jelas juga media mereka seperti Harakah, Malaysiakini dan sebagainya pun berat sebelah kepada mereka.. jadi apa permasalahannya?

Persoalan adakah media di Malaysia disekat?

Jawapannya TIDAK.. contoh negara terbaik yang medianya disekat ialah Cina bandingkan negara kita dengan mereka.. sehinggakan Goggle pun larang digunakan.. begitu juga dengan Korea Utara.. tetapi kita tetap memberikan kebebasan media kepada rakyat sehinggakan jelas Pakatan mendominasi media baru di Malaysia...

Persoalan adakah berita mereka sahih?

Jawapannya ia terserah kepada penilaian individu masing2, kalau kita bagi seribu satu fakta dan kajian statistik sekali pun masih ada yang mempertikaikan kesasihannya apatah lagi sesebuah medium berita? Dua2 pihak tak kira media kerajaan atau pembangkang mempunyai potensi untuk menfitnah dan menipu, cuma memang sudah menjadi lumrah didalam mana2 dunia politik pasti pembangkang akan mempertikaikan kesahihan media kerajaan untuk menarik perhatian pengundi menyokong mereka. 

Konklusi: harap penjelasan ini dapat memberikan gambaran jelas dan jawapan kepada persoalan anda..

Persoalan terakhir yang saya ingin tinggalkan kepada anda.. cuba kaji siapa pemilik MalaysiaKini dan macam mana mereka mendapat Funds.. dan siapa disebalik mereka? kaji jangan tak kaji.. =)

p/s: selamat menilai dengan bijak.. bye!

Keputusan Rasmi Penamaan Calon PRU 13 Pilihanraya 2013


Ini ialah perkongsian untuk anda mengetahui siapakah calon secara rasmi yang akan bertanding dalam Pilihanraya ke 13 yang bakal bermula pada 5 Mei 2013 ini... 

Sila semak dan buatlah pilihan for a #BetterNation =)

Senarai Penamaan Calon PRU13 secara rasmi 
(sila klik untuk mengetahui lebih lanjut) 

















Kenali Barisan Nasional.

Bak kata tak kenal maka tak cinta.. selesai sudah pernamaan calon secara rasminya sebentar tadi maka bermula kehangatan politik masa untuk setiap parti berkempen dan meraih undi dari penduduk dikawasan mereka...

Post kali ini aku nak bercerita mengenai beberapa langkah praktikal yang aku buat untuk mengenali parti Barisan Nasional dengan lebih dekat sebelum menilai parti ini.. bukan hanya membaca di alam maya.. sebenarnya disaat pilihan raya inilah selaku mahasiswa kita perlu gunakan untuk meraih sebanyak ilmu yang boleh untuk menilai sesuatu dengan lebih matang.. 

Baik orang pertama yang aku nak berkongsi pengalaman ialah

Abdul Hamid Bin Abdul Sattar
Bekas Pengarah Media UMNO Malaysia

Beliau seorg yg sangat terbuka.. tak sangka sampai pukul 5 pagi kami berborak dan berkongsi idea.. sangat menarik..

Antara points yang menarik perhatian aku berbual dengan beliau..
  • Barisan Nasional lebih ikhlas dalam berjuang, walaupun kawasan Batu ini berparlimen Cina dan hantar calon Gerakan tetapi parti barisan yang lain seperti UMNO sanggup turun memberi support kerana kesatuan bergerak diatas satu nama perikatan iaitu Barisan Nasional
  • Pembangunan kini telah menyebabkan orang melayu dulunya susah tetapi kini anak-anak mereka menjadi middle class keatas hasil usaha kerajaan yg menekankan pendidikan. Malangnya apabila sudah berpendidikan kebanyakan daripada mereka mula lupa tentang budi yang telah dilakukan.
  • Perkara ini memang sudah lumrah, kalau Budi Allah pun kita mudah lupa, budi Nabi Muhammad pun kita tak ingat apatah lagi budi seorang pemimpin...
  • Kebanyakkan parti pembangkang wujud atas perjuangan peribadi atas kegagalan misi yang mereka ingin kecapi semasa di Barisan Nasional. Tambahan lagi pembentukan parti mereka langsung tidak berstruktur dan tidak mampu memberi kesan masa panjang.
  • Parti yang lama menjadi pembangkang seperti PAS juga dahulunya sebahagian dari Barisan tetapi keluar kerana ideologi yang berbeza utk memperjuangkan Islam tetapi mula menjadi persoalan apabila mereka masih boleh bersengkonkol dengan cina yang secara tegas menolak pelaksanaan hukum Islam seperti hudud yg mereka mati matian perjuangkan selama ini. ditambah pula bertukaran dari negara Islam ke negara berkebajikan
  • Orang melayu semua kena menerima kenyataan yang orang cina mempunyai hak dalam Malaysia apabila 90% dari cukai koporat datangnya dari kaum cina yang telah banyak membantu dalam membangunkan negara, maka tolak ansur dengan mereka sangat perlu untuk menjamin keamanan dan kemajuan negara
  • Sebab itulah berlaku beberapa situasi dimana terdapat beberapa kerusi yang majoriti melayu tetapi tetap diletak calon cina atau india kerana jika mengikut jumlah kaum penduduk utk menentukan calon pasti akan berlaku ketidakadilan kerana bagi kaum india tak ada satu kawasan pun majoriti kaum india. lagipun di dalam islam pun terdapat syarat wajib untuk pemerintah Islam meletakkan menteri bukan Islam dalam kabinet bagi menjamin hak mereka didalam negara
  • Persiangan politik semakin sengit apabila DAP kini telah mula memancing pengundi cina mengatasi MCA dan Gerakkan manakala PKR dan PAS berperanan untuk memisahkan jumlah pengundi melayu.
  • Kebanyakkan negara maju yang mendapat banyak bantuan kerajaan seperti di eropah sampai penganggur pun dapat elaun menyebabkan rakyat mereka menjadi pemalas lagipun perbezaan sejarah dan sosiobudaya menyebabkan kita tak boleh menyamakan semua cara pemerintahan mereka dan menganggap apa yang mereka buat betul atau sesuai.
  • Perjudian, arak dan ladang khinzir tak dapat nak dielakkan kerana ia sudah jadi sebahagian dari budaya orang bukan Islam. Seperti Kasino di Genting mendatangkan lebih baik kebaikan kepada negara dari segi ekonomi kerana mengurangkan potensi pelaburan luar yg besar akan dilakukan ke luar negara hanya untuk berjudi. 
  • Kelantan ialah sebuah negeri yang special tetapi sukar untuk dimajukan sejak zaman British lagi mereka telah sedar yang kelantan sebuah negara yang susah utk dimajukan cuma rakyat kelantan seorg yg kuat bekerja dan merantau dan itu hakikatnya. Lagi satu tanah rezab Melayu banyak dikelantan kerana pembelian tanah disana sangat sukar sampai melayu bukan negeri kelantan pun tidak boleh kerana itulah kurang kemajuan dan tanah Melayu masih banyak disana berbanding tanah di Selatan lebih banyak Free Hold.
  • Isu kereta  kita terpaksa meletakkan cukai tinggi kepada keluaran kereta luar untuk support kereta tempatan dan kereta tempatan diluar negara lebih berkualiti kerana kita terpaksa menghantar kereta yang terbaik dan mengikut negara maju seperti Landon jika tidak kita takkan mampu menembusi pasaran mereka. 
  • Mahasiswa seharusnya matang menilai politik bukan sekadar teori pembacaan di Alam maya.. sebagai contoh analogi apa bila diberi satu cawan air panas bila kita tanya air tu panas atau sejuk kita akan kata panas melihat ia panas melalui wap yang terkeluar tetapi bila kita tanya lebih lanjut berapa panas? barulah kita secara praktikal merasa air berkenaan untuk tahu berapa panasnya dan merasainya. maka jika kita hanya tahu mempertikai dan berdebatkan sesuatu tanpa mengetahui ia dengan jelas maka penilaian kita masih belum sempurna.  
 Kedua short chat dengan seorang calon MCA yang bertanding di parlimen Petaling Jaya Utara..

Chew Hoong Ling

Antara points menarik tentang beliau:
  • Saya rasa tak ada masalah dengan Hak keistemewaan orang Melayu sebab kita kena faham yang majoriti rakyat Malaysia ialah orang Melayu dan Bumiputera kalau hak mereka diambil bukankah akan menimbulkan lagi huru hara
  • Lagipun kebanyakkan orang cina pun tidak berpuas hati terhadap kemasukan pendidikan sahaja tetapi kini Kerajaan telah bijak mengendalikannya apabila sekarang semua pelajar straight A dalam SPM dan STPM automatik dapat biasiswa tak kira bangsa mana dan tiada kuota.
  • Saya dianggap pengkhianat bangsa oleh kawan2 atau saudara yang menyokong DAP, sebenarnya DAP yang telah menanam sikap kebencian kaum yang sepatutnya perkara ini tidak terjadi sebab kita duduk dalam Malaysia yang perlbagai kaum perlulah tinggal bersama dengan harmoni
  • Saya bukan seorang yang senang mempercayai sesuatu RUMORS selagi saya sendiri tidak merasakannya atau melihat dihadapan mata sendiri.
  • (Apabila aku tanya rumors dengar kata kerajaan Singapore telah sponsor buses kepada pengundi cina bagi membantu DAP menang di Johor dia jawab) saya tak pasti jika perkara ini benar atau tidak tetapi jika ia maka mereka memang benar2lah ingin menjual negara kita kepada negara luar dan perkara ini sepatutnya tidak harus terjadi. 
  • (Apabila ditanya tentang komposisi pengundi) Majoriti pengundi Cina lebih 50% tetapi dia tetap akan menjaga pengundi Melayu dan India kerana hak mereka juga penting dan tidak menjadi masalah kepada dia kerana dia sendiri seorg pengacara RTM dan dah biasa rapat dengan orang berlainan bangsa *siap cakap india dengan kami.. hahaha
Yang menariknnya tentang beliau dia seorang yang sangat peramah, kawan aku just tweet je nak jumpa dengan dia sebab dia jadi wakil parlimen tempat kawan aku bertandingkan, so aku puji sangat tindakan kawan aku yang ingin tahu siapa bakal memimpin kawasan kita. jangan kita senang2 je nilai pemimpin tu sombong dan sebagainya jika kita sendiri tak berusaha untuk mendekatinya.

Sepanjang perbualan dia banyak berkongsikan apa perancangan dia untuk warga tua, kanak-kanak dan kempen dia yang ingin beri susu HL free sambil letak logo dia sebab HL singkatan namanya.. haha kreatif...

konklusi: Bagus sebenarnya dalam dekat2 PRU ni kita melibatkan diri untuk mempelajari lebih meluas tentang sesebuah parti politik dengan cara praktikal. Mahasiswa perlu sedar yang penglibatan politik ini penting kerana sekarang kita sedang bercerita mengenai negara. 

Nak tak nak walaupun anda dengan yakin kata anda bukan PARTISAN atau NEUTRAL apabila anda dihadapan undi anda tetap kena memilih parti.. jadi ANDA TETAP JADI PARTISAN!

*Selamat berkempen dan undilah dengan bijaksana bukan emosi dan kebencian.. =) 

Jangan gangu UiTM..!

Ramai Mahasiswa keliru dengan persoalan BOLEH KE MAHASISWA BERPOLITIK???

Dahulu menjadi pertikaian di dalam AUKU dimana ada beberapa pihak yang mempertikaikan untuk membenarkan mahasiswa berpolitik.. jujur saya rasakan dahulu memang tidak salah kepada mahasiswa untuk berpolitik tetapi mesti kena dengan caranya selaku mahasiswa.. hasil desakan yang bertubi-tubi akhirnya seksyen 15 dalam AUKU yang melarang mahasiswa utk berpolitik telah dipinda..



Jelas disini tiada lagi persoalan Mahasiswa tidak boleh berpolitik cuma kita sebagai mahasiswa perlulah berpolitik berpada-pada dan mengikut peraturan untuk tidak politik kepartian di dalam Kampus bagi menghormati universiti sebagai tempat menuntut Ilmu dan bukannya tempat untuk meraih undi...

YANG KECEWANYA! kenapa ada beberapa pihak yang masih berdegil melanggar kebebasan yang telah diberi.. sebelum ini tak dpt nk berpolitik kecoh nak politik sekarang kerajaan dah terbuka beri peluang untuk mahasiswa politik mengikut undang-undang yang digariskan tetapi mereka tetap menlanggarnya.. apakah motif mereka? adakah ini mentaliti mahasiswa yang sebenar?

INI BUKTINYA...



Dua flyers ni tersebar di Kolej Mawar dan beberapa kawasan di dalam UiTM.. kenapa perkara ini boleh terjadi? Saya berharap sangat pihak polis bantuan UiTM boleh memantau perkara ini supaya kegiatan yang melanggar peraturan ini tidak terus berleluasa dan terus mengacau bilaukan lagi keharmonian UiTM yg selama ini kita kecapi..

Tak cukup dengan itu..



Terdapat satu banner yang tergantung di bulatan seksyen 2 sebelum memasuki pintu utama UiTM.. mmg tak salah banner ini digantung luar kawasan UiTM walaupun berdekatan tetapi yang menjadi persoalannya KENAPA PERLU LETAK LOGO UITM??? 

Saya berasa sangat kecewa dengan perkara ini yang telah terang benderang mencabul martabat universiti terutamanya UiTM..

Jujur saya juga terlibat dengan politik tetapi bukan sebagai MACAI yang mereka canangkan tetapi sebagai penganalisis utk mencari alternatif terbaik sebagai sumbangan Mahasiswa bagi membangunkan negara.. bukannya terus memaki menghamun menghina menjatuhkan org lain tetapi menginginkan keamanan dan kemajuan.. cerminlah diri..

Hayati ini...


Sekian saya harap Mahasiswa yang Sejati teruskanlah penilaian dengan bernas dan intektual jangan mudah terpengaruh dengan anasir yang memainkan emosi untuk meraih undi.. jike terus begitu benarlah kata pepatah menang jadi arang kalah jadi abu...

p/s: harap pihak berkuasa UiTM dapat menitik beratkan pengawalan untuk membenteras isu ini.. ='( 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...